Tuesday, December 9, 2008








Anda tentu sudah biasa dengan "Pendapatan Aktif & Pasif"
perlu saya ingatkan anda disini: Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (ramai yang tak nampak akan peluang ini,hanya 10% saja yang mengunakan teknik ini!).
Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan masa yang anda miliki.

SERONOK TAK JIKA KITA BEBAS UNTUK:
- Menonton wayang & 'menginternet' di Starbucks2.
- Sarapan pagi & baca akhbar secara online di café-café.
-Tidur lambat dan lepas solat subuh tidur semula bangun lambat
-Makan makanan yang lazat dan berkhasiat.
- Bersantai dipantai/bersama orang tersayang tanpa gangguan!
- Shopping tanpa perlu beratur!/atau secara online
- Mempunyai banyak masa untuk melihat ANAK-ANAK membesar!
- Membawa keluarga melancung agar anak-anak lebih terbuka MINDANYA.

Oleh kerana hasil pendapatan kita banyaknya daripada pasif, Ramai di antara kita mempunyai lebih masa terluang untuk digunakan.

Jika anda melihat konsep pendapatan pasif ini daripada kehidupan orang disekeliling anda, banyak kumpulan yang tidak sekaya mana seperti yang anda lihat.

Doktor-doktor pakar dan jurutere-jurutera tidak mempunyai pendapatan pasif daripada hasil titik peluh mereka.

Potensi pendapatan mereka ada hadnya. Mereka hanya boleh berjumpa sejumlah tertentu pesakit sahaja. Dan mereka juga mestilah berjumpa dengan setiap pesakit tersebut. Ianya aktif. Begitu juga dengan pegawai kerajaan, peguam atau jurujual.
Kebanyakkan daripada mereka tidak mempunyai pendapatan pasif. Mereka memang nampak kaya, tetapi sebenarnya mereka tetap bergantung kepada gaji seperti kebanyakkan daripada kita.

Berapa peratuskah hasil pendapatan anda adalah pasif? Jika anda bijak,anda sudah mula untuk bertukar daripada aktif kepada pasif. Ini akan memberikan lebih banyak masa untuk anda melakukan apa yang anda suka ketika waktu yang anda mahukan.
Kata kuncinya ialah anda perlu mencuba satu punca pendapatan pasif setiap tahun! Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh andabuat kajian :


* Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan

* Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka

* Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka

* Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan

* Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan

* Ahli jualan langsung yang menerima komisen bulanan

* Pelakon yang mendapat bayaran royalti

* Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes

* Pencipta software yang menerima royalti

* Pencipta permainan video mendapat royalti

* Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan

* Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah.

Sebelum anda pergi tidur malam ini, tanya kepada diri anda soalan ini: “Berapa peratuskah dalam sehari masa yang saya luangkan untuk mencipta pendapatan secara pasif?”

Jika jawapan anda ialah tiada, anda mempunyai masalah.

Adalah lebih baik apabila anda bangun keesokkan harinya dan mula sibukkan diri anda. Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi. Anda tentu akan berterima kasih kepada saya nanti. Anda pasti akan menepuk dahi kerana terus menunggu dan menunggu.

Nasihat saya: Dapatkan MENTOR/OTAI
Semua orang memerlukan mentor/otai. di dalam beberapa aspek dalam hidup mereka. Pernah anda terfikir kenapa/ ianya adalah kerana tunjuk ajar itu penting untuk mendapatkan arah yang tepat.

Carilah orang yang boleh anda percayai di dalam bidang yang anda ingin ceburi di http://www.2hundredplus.com/ dan jadikan mereka mentor anda,ianya mungkin saja saudaramara anda,kenalan anda bahkan juga sahabat-sahabat akrab anda

Apa juga pilihan anda, terpulang kepada anda untuk membuat keputusan.Jika bukan anda yang membuat keputusan dan perlu berjaya, siapa lagi?











No comments: