Tuesday, December 9, 2008

ORANG MELAYU TIDAK MINAT MEMBACA MAKA TERUSKAN MEMBACA

Dan Semenjak tahun 1998 sehingga kini, saya masih lagi tertarik dengan kehebatan peluang perniagaan Internet yang boleh mencapai pelanggan ke seluruh dunia! Setiap kali saya terfikir jumlah pengguna Internet sedunia, semakin teruja saya untuk mencari peluang-peluang perniagaan yang ada.
Namun, juga tidak dilupakan, peluang perniagaan Internet di Malaysia! Di Malaysia sahaja terdapat lebih 10 juta pengguna Internet. Sudah tentu, jumlah ini amatlah besar.
Kos menjalankan perniagaan Internet juga adalalah amat rendah. Sebagai contoh, kos menjalankan program laman web yang anda sedang layari ini, 2hundredplus.com hanya berharga RM70 sekali untuk seumur hidup , namun menerima beribu-ribu pengunjug sehari! Boleh kah sebuah kedai mungkin dengan sewa bulanan RM1,000 menerima beribu-ribu pengunjung sehari?.
Itu lah salah satu kebaikan perniagaan di Internet- kos rendah, liputan yang luas!
Semoga statistik pengguna Internet yang dikumpulkan ini dapat membuka mata anda kepada peluang perniagaan di Internet- walaupun dari rumah!

Jumlah Pengguna Internet Dunia
Benua
Jumlah Pengguna Internet
Asia
364,270,713
Afrika
22,737,500
Eropah
290,121,957
Timur Tengah
18,203,500
Amerika Utara
225,801,428
America Selatan / Caribbean
79,033,597
Oceania / Australia
17,690,762
JUMLAH
1,018,057,389

Jumlah Pengguna Internet Malaysia dan Negara-Negara Jiran
Negara
Jumlah Pengguna Internet:
Malaysia
10,040,000

Singapura
2,135,000
Brunei
35,000
Indonesia
15,300,000

Ringkasan Statistik
Statistik tahun 2005 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
Pengguna Internet di dunia pada Disember 2005 adalah 1,018,057,389 pengguna mengikut Internet World Stats.
Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 10,040,000 pengguna pada Disember 2005. Jumlah ini adalah 38% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.

Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 200%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.

Internet World Stats mencatatkan terdapat 364.3 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (290.12 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (225.8 juta pengguna) pada Disember 2005.
Laporan penggunaan bahasa di Internet

Bahasa Malaysia: Bahasa Malaysia digunakan oleh 2/3 daripada 10 juta pengguna Internet di Malaysia (menurut NITC: 2004). Bahasa Malaysia juga digunakan dan difahami oleh negara-negara jiran termasuk Indonesia (15 juta pengguna), 15% daripada pengguna Internet Singapura (menurut ITU: 2003), pengguna Internet di Brunei juga turut menambahkan kepada statistik penggunaan bahasa Malaysia. Jumlah keseluruhan pengguna Internet yang merupakan pengguna bahasa Malaysia adalah melebihi 25 juta pengguna Internet!

Bahasa Inggeris: Terdapat 226 juta pengguna Internet di Amerika, di mana di jangkakan 8.4 pengguna tidak tahu membaca dalam bahasa Inggeris (menurut Ethnologue). Kanada, United Kingdom dan Australia, menyumbangkan lebih dari 70 juta penggunaan bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan rata-rata digunakan sebagai pengantara perniagaan Internet antarabangsa. Negara-negara membangun juga di Asia, timur tengah dan Afrika selatan turut mendedahkan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan ini menyumbangkan kepada majoriti pengguna Internet memahami bahasa Inggeris.

Bahasa Cina: Terdapat lebih dari 87 juta pengguna Internet di Cina (menurut CCNIC: 2004). Hongkong menyumbangkan 5 juta, Taiwan menyumbangkan 2.14 juta, juga Singapura menyumbankan lebih dari 2 juta pengguna Internet berbahasa Cina. ITU menganggarkan 1/3 pengguna Internet Malaysia menggunakan Mandarin. Tambahan, lebih 2 juta pengguna Internet di Amerika menggunakan bahasa Cina. Pengguna Internet menggunakan bahasa cina adalah melebihi 100 juta pengguna,KOMUNITI YANG BESAR DAN HEBAT(,cuba bayangkan KEKAYAAN orang-orang cina melalui jaringan penguna internet mereka yang berjumlah 1oojuta penguna itu ?kita orang-orang melayu di mana kedudukan kita).

Saya harap anda juga turut teruja dengan statistik di atas. Lihat betapa luasnya pasaran tempatan serta peluang perniagaan dalam bahasa Malaysia. Lihat sahaja statistik pengguna Internet di Malaysia yang merupakan 38% daripada keseluruhan penduduk Malaysia.
Adakah peratusan ini akan berkurangan pada tahun-tahun yang akan datang? Sudah tentunya tidak!
Bagaimana pula dengan jumlah penggunaan Internet sedunia iaitu melebihi 1 billion? Sekiranya anda memiliki buku "Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar", anda akan mendapati Statistik jumlah pengguna Internet tahun 2004 adalah 900 juta pengguna- kenaikan 100 juta pengguna dalam masa 1 tahun!

Setiap tahun, kenaikan jumlah pengguna Internet naik dengan mendadak sejajar dengan perkembangan teknologi. Sekiranya anda sedia ada mempunyai perniagaan bukan Internet, ini adalah masanya untuk anda mendapatkan pasaran di Internet!


Sekiranya anda belum lagi mempunyai perniagaan di Internet, peluang perniagaan di Internet masih luas terbuka untuk penduduk Malaysia. Jangan berlengah oleh kerana pesaing anda PASTI tidak akan berlengah lagi!
Semoga laporan yang diberikan dapat membuka fikiran anda kepada peluang perniagaan atau program di Internet.
Perniagaan Internet Penuh Tipu Daya?.
Tajuk di atas mungkin mengelirukan anda. Anda keliru antara fakta dan mitos kerana anda mendengar kenyataan daripada mereka yang tidak tahu dan jelas dengan peluang perniagaan di internet.
Tambahan orang sebegini juga belum pun memulakan perniagaan internet mereka sendiri. Jadi, bila mereka merapu dan skeptikal maka anda juga akan turut sama.
"Masuk angin, keluar asap" adalah satu kenyataan yang amat sesuai sekali untuk mereka. Adakah anda juga adalah orang yang dimaksudkan itu?.
Jika tidak, teruskan membaca perenggan penting yang seterusnya... Secara amnya:
terdapat 3 jenis model menjana pendapatan daripada internet.
Jika anda sudah tahu, sila abaikan maklumat ini dan pergi ke perenggan seterusnya selepas 3 kotak info di bawah ini untuk didedahkan dengan lebih banyak rahsia:

#1 Perniagaan Internet:
:Anda merupakan peniaga atau pedagang yang mempunyai produk atau perkhidmatan untuk ditawarkan kepada prospek. Jika anda mempunyai urusniaga yang berlangsung secara online maka ianya adalah dalam kategori ini. Sama ada anda mempunyai perniagaan dunia nyata atau keseluruhannya maya, perniagaan internet adalah satu peluang yang dapat melipatgandakan keuntungan perniagaan anda.Pasaran anda adalah satu dunia. Tambahan lagi, 90% urusniaga dapat diautomasikan. Kos dapat dikurangkan dengan begitu banyak sekali. Selebihnya adalah untung bersih yang amat lumayan!

#2 Pemasaran Internet:
Ianya lebih tertumpu kepada kaedah untuk mempromosi, mengiklan, menjual, menghantar produk atau perkhidmatan dan sehinggalah menyediakan khidmat sokongan kepada prospek dan pelanggan anda. Terdapat 101 cara untuk anda pilih sebagai strategi pemasaran internet.Untuk membuat duit dan menjana keuntungan secara online, 90% adalah bergantung kepada strategi pemasaran internet anda.
Produk hebat tetapi strategi pemasaran anda lemah maka kegagalan adalah pasti untuk anda.Tidak kira sama ada anda mempunyai perniagaan internet sendiri atau sekadar affiliate yang mempromosi produk orang lain, kejayaan membuat keuntungan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada usaha pemasaran internet anda.

#3 Pelaburan Internet:!!!!!!!!!
Scam Saya melabelkan yang ketiga ini sebagai "pelaburan internet scam"!!!!!!atau CERITA SERAM kerana tidak kesemua pelaburan di internet itu tidak sah. Asalkan maklumat pelaburan tersebut jelas dan diiktiraf maka, ianya adalah sah dan selamat.
Jelas bermaksud transparen dan tidak berselindung.
Diiktiraf bermaksud disokong dan disahkan oleh satu badan atau pihak yang berlesen dan bertauliah.
Memandangkan kebanyakan urusniaga sesuatu perniagaan boleh diautomasikan melalui internet maka sesetengah broker saham berlesen menyediakan perkhidmatan jual beli saham melalui sistem mereka yang disokong oleh teknologi internet.
Itu pun setiap urusniaga masih lagi di sokong oleh kontrak tertentu di samping pendedahan maklumat pelaburan yang sangat jelas yang telah diluluskan pihak berkuasa dan bertauliah.
Malangnya!!!, hampir 90% skim atau pelaburan internet yang wujud sekarang ini tidak pun mempunyai ciri-ciri tersebut. Ini semua satu komplot yang tujuan mereka hanya satu, memanipulasi perasaaan tamak yang wujud dalam diri anda demi untuk keuntungan mereka.
Komplot ini berselindung disebalik skim piramid. Tidak dinafikan ada individu tertentu yang berjaya membuat untung dengan skim temberang begini, tetapi mereka hanyalah sebagai kambing hitam yang dijadikan agenda tersembunyi komplot tersebut.
Selalunya, yang buat untung adalah kumpulan pertama yang melabur agar dapat dijadikan testimonial sebagai "umpan" untuk tarik lebih banyak mangsa.
Selepas beberapa pusingan pembayaran, komplot ini akan menutup laman web pelaburan mereka dan membawa lari kesemua wang anda.Lalu komplot ini akan gunakan sebahagian kecil wang yang dilarikan tadi untuk membuka laman pelaburan internet yang baru.
Kitaran ini akan terus berlaku sebab terdapatnya sambutan daripada golongan pelabur yang tamak ini. Anda ternganga.
Duit yang anda bersusah payah dapatkan kini dilesapkan begitu sahaja sekelip mata. Untuk mengenal skim pelaburan internet scam ini amat mudah. Jika ianya menjanjikan pulangan yang amat besar dan lumayan tanpa anda berusaha, tidak mendedahkan siapakah mereka yang mahu sangat menguruskan duit anda dan tidak pula mendedahkan kaedah mereka melabur dan membuat untung, maka jauhi mereka dengan serta merta.

Jika anda serius untuk menjana pendapatan melalui internet, maka kaedah #1 dan #2 di atas adalah paling selamat dan menguntungkan. Tetapi, jika anda masih berdegil untuk melabur wang anda dalam pelaburan internet scam, sila pergi ke laman web atau syarikat lain. Laman web ini bukan untuk para pelabur tamak seperti anda. Sertai para pelabur internet "profesional" yang lain dan leburkan sahaja duit anda. Kelompok sebegini lebih ramai yang pokai daripada yang kaya.
iNFO sebegini penting kerana Semua ini demi memenuhi keperluan masyarakat dalam mereka mengejar arus dunia teknologi maklumat (ICT) yang begitu pesat agar generasi mereka tidak tertingal dan mundur dan lagi supaya empayar perniagaan Anda kukuh tidak digugat perubahan ekonomi semasa dengan cara ini saya mencari keberkatan demi sayangnya saya kepada agama,Negara dan juga bangsa.
Untuk Anda Di Luar Sana!!!, jangan berang dengan kerajaan kerana menaikkan harga minyak DAN BARANGAN , tetapi sebaliknya bertindak secara rasional dengan menambah pendapatan isi rumah anda supaya anda sentiasa bersedia dengan perubahan ekonomi yang tidak menentu yang berlaku dari masa kesemasa sekarang!dan keadaannya akan bertambah kritikal pada tahun hadapan dan banyak kilang-kilang melakukan penutupan dan beribu-ribu orang akan kehilangan pekerjaan,MAKA BERSEDIALAH.
Salam hormat.

No comments: